Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Universiti Ditutup Selepas Terima Ancaman

No Comment


STOCKHOLM - Universiti Orebro di Sweden ditutup semalam setelah satu ancaman diterima sehingga ia menimbulkan kebimbangan pembununhan beramai-ramai.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh universiti tersebut, ancaman telah dibuat menerusi aplikasi Jodel.

Agensi berita tempatan melaporkan mesej itu disebarkan melalui Jodel pada Sabtu lalu dan memberitahu pelajar supaya jangan hadir ke kelas pada Isnin sekiranya masih mahu hidup.

Susulan ancaman itu, pihak universiti telah membuat aduan dan pihak polis telah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti terbabit.

Jodel adalah aplikasi buatan Jerman yang membolehkan pelajar di kampus yang sama menghubungi antara satu sama lain tanpa mendedahkan identiti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli