Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Dijemput, Mukhriz Diarah Tinggalkan Mesyuarat MT UMNO


Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini yang hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi(MT)Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra telah diarahkan supaya meninggalkan dewan mesyuarat berkenaan.

Menurut Menteri Besar Kedah tersebut, beliau telah diarahkan keluar oleh Setiausaha Agung Umno.

Mesyuarat MT yang berlangsung itu dikatakan sedang membincangkan mengenai masa depan Mukhriz yang juga merupakan pengerusi perhubungan UMNO Kedah.

"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz dipetik laporan Malaysiakini.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.


Beliau dilihat keluar daripada dewan sambil melemparkan senyuman kepada wartawan yang sedang tertungu-tunggu berita mengenai nasib Menteri Besar itu.

Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib. - Siakapkeli.my


YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir diminta keluar untuk meninggalkan mesyuarat majlis tertinggi kerana katanya tidak...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, January 29, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli