Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tiada Raksa Sebenarnya, Saya Akan Berbincang Dengan KKM", Kata Datuk Vida Yang Nyata Terkejut


Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini menyatakan terkejut dengan larangan penjulan produk Qu Puteh keluarannya oleh Kementerian Kesihatan Brunei kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Menurut Beliau, satu pertemuan akan diadakan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Saya tidak boleh komen lagi. Saya pun terkejut dengan perkara ini.

“Saya akan beri komen selepas saya berbincang dengan Kementerian Kesihatan di sini dulu,” katanya dipetik laporan ProjekMMO.

Ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan kononnya produk Qu Puteh mengandungi Raksa atau Merkuri.

“Tidak ada sebenarnya. Itu yang saya hendak tengok macam mana dulu. Buat masa ini Vida beauty belum melantik pengedar rasmi di Brunei untuk memasarkan produk Qu Puteh."

“Saya pun kena mencari macam mana produk saya boleh pergi Brunei sebab saya tidak ada pengedar di Brunei lagi,” katanya.

Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block antara dua produk yang dilarang dijual di Brunei sejak semalam kerana didakwa mengandungi raksa.

Penggunaan raksa boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal, lapor The Brunei Times, yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli