Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Telefon Pintar Pilihan Nora Danish untuk Hasil Selfie yang Lebih Cantik


Menghasilkan gambar selfie yang berkualiti dan cantik bukan sahaja memerlukan keyakinan yang tinggi malah telefon pintar yang digunakan juga turut memainkan peranan penting.

Bagi Ratu Selfie,Nora Danish pula, 'senjata rahsia' pilihannya untuk berselfie adalah telefon OPPO F1, sebuah telefon pintar terbaru keluaran Oppo yang dicipta khas untuk pengguna yang gemar berselfie.


Nora Danish, yang juga duta terbaru untuk OPPO F1 melahirkan rasa teruja menerima tawaran itu dari Oppo.

"Saya merasa sangat berbesar hati apabila OPPO menghubungi saya untuk mewakili telefon selfie ini. Dan ianya kini senjata baru saya untuk mengambil selfie yang sempurna", kata Nora Danish.




Apa yang membuat OPPO F1 menarik adalah Beautify 3.0, yang mampu menghasilkan selfie yang sempurna dengan mencerahkan kulit serta membuang jerawat dan jeragat di muka anda.

Selain itu, OPPO F1 juga mempunyai tiga mod kecantikan khas selain pelbagai filter untuk mengambil gambar selfie.


Dari segi spesifikasi pula, OPPO F1 dilengkapi dengan RAM sebesar 3GB, skrin 2.5D Arc Edge dan kerangka logam unibody yang premium.



Telefon ini juga pasti akan menjadi sahabat baik penggemar selfie kerana ia boleh mengambil gambar selfie dengan hanya gerakan tangan atau arahan suara.

OPPO F1 boleh didapati dengan RM1198 dan akan mula dijual bermula 22 Januari ini. Sekiranya anda pembeli 200 unit pertama melalui Oppo Online Store, anda akan menerima OPPO Exclusive Selfie Stick.


Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO F1 layari : http://www.oppo.com/my/smartphone-f1/

Dan akhir sekali, jom lihat Nora Danish bergambar dengan Oppo F1!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli