Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tauke Stesen Minyak Makin Runsing

gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Pengusaha-pengusaha stesen minyak seluruh negara meluahkan rasa risau mereka dengan trend harga minyak mentah dunia yang terus merudum dan mungkin boleh menyebabkan perniagaan mereka 'gulung tikar'.

Harga terbaru minyak mentah dunia adalah pada paras A$30 (RM132.7) setong.

Akhbar Kosmo! melaporkan rata-rata pengusaha stesen minyak di beberapa negeri menerima kesan akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia dengan margin keuntungan yang semakin mengecil bahkan ada yang kerugian antara RM10,000 hingga RM24,000 sebulan.

Seorang pengusaha stesen minyak di Bandar Permaisuri berkata masalah yang timbul adalah apabila mereka membeli bekalan minyak dengan harga tinggi, namun gagal menjual dengan harga yang sama apabila berlaku kejatuhan pada harga produk tersebut.

Kerugian yang saya alami bergantung kepada jumlah stok minyak dalam tangki apabila ia dibeli pada harga mahal tetapi tidak sempat dijual ketika harganya telah jatuh.

Saya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi ada juga pengusaha lain yang mengalami kerugian sehingga RM24,000 sebulan. Perkara ini boleh menyebabkan kami gulung tikar sekiranya harga minyak terus jatuh,” katanya- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. jual kat malaysia harga sama je. beli murah sebab harga jatuh tapi jual kt pengguna sama je.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli