Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tamatkan Laluan New York-London Untuk Elak Penumpang Israel Naik Pesawat


WASHINGTON: Jika sebelum ini telah diberi amaran oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DoT) kerana tidak menjual tiket kepada warga Israel, nampaknya syarikat penerbangan Kuait Airways kali ini telah menamatkan terus laluan New York-Landon kerana tidak mahu warga Israel menaiki pesawatnya selepas 35 tahun berkhidmat.

Keputusan berkenaan dibaut selepas DoT mengeluarkan amaran dan meminta supaya pihak Kuwait Airways berhenti mendiskriminasi rakyat Israel.

Bagaimanapun keputusan berkenaan tidak membabitkan tiga penerbanan mingguan tanpa henti antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York dan Bandar Kuwait, walaubagaimanapun penerbangan berkenaan tidak terjejas kerana Israel tidak dibenarkan untuk melawat Kuwait dan tidak diberikan visa.

Kes ini bermula apabila seorang warga Israel, Eldad Gatt, membuat aduan kerana dia dikatakan gagal menempah penerbangan penerbangan New York ke Lapangan Terbang Heathrow di London pada 2013.

Beliau pada mulanya tidak menghadapi masalah, namun apabila handak membuat transaksi Kuwait Airways tidak membenarkan kerana kewargaan negaraan Gatti.

Peguam Kuwait Airways berkata petisyen yang difailkan November lalu menjelaskan polisi syarikat penerbangan berkenaan yang berasaskan undang-undang Kuwait dimana menghalang syarikat tempatan daripada menjalankan perniagaan dengan warga Israel.

Tegas peguam itu lagi, Syarikat penerbangan tidak mengamalkan mendiskriminasi penumpang yang memegang pasport sah dari negara yang diiktiraf Kuwait dan tidak mendiskriminasi berdasarkan bangsa atau agama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli