Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Tahan Selalu 'Diperlakukan Dengan Kasar', Isteri Nekad Potong Kemaluan Suami


BATU KIKIR, 20 Jan: Seorang wanita tempatan nekad memotong kemaluan suaminya, yang juga seorang warga Pakistan, kerana tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika melakukan hibungan seks.

Difahamkan, dalam kejadian berlaku pada 1.30 pagi hari ini.

Wanita berkenaan, 51, memotong kemaluan suami,44, yang dikahwininya pada bulan Mei lalu.

Laporan dari BH Online melaporkan, wanita tersebut secara perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

Suami wanita berkenaan yang juga seorang ahli perniagaan melarikan diri dari rumah dan pergi ke Balai Polis Batu Kikir kira-kira jam 1.55 pagi.

Polis yang terkejut melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera menghantarnya ke Hospital Jempol untuk dirawat. Bahagian kemaluan yang telah dipotong juga telah diambil dan dibawa ke hospital.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi dan beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kata beliau lagi, mangsa telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung semula kemaluan dan setakat ini dia berada dalam keadaan stabil.

Isteri mangsa juga telah ditahan dan pols menemui pisau cukur yang digunakan dalam kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata bahaya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli