Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Puas Hati Suami Keluar Duit Dari Akaun Bank, Isteri Ditetak Hingga Mati





Gara-gara berang duit dalam simpanannya dikeluarkan tanpa izin, seorang wanita di Pulau Pinang maut ditetak suaminya.

Mangsa, R Maphooh, 34 yang juga warga Thailand terlebih dahulu terlibat dengan pertengkaran dengan suaminya selepas lelaki itu bertindak mengeluarkan duit berjumlah RM4,000 dari akaun bank wanita itu untuk berjudi.

Selepas membunuh isteri, suaminya yang merupakan warga tempatan bertindak membunuh dirinya dengan menggantungkan diri.

"Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah.

"Wanita itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam di bahagian leher, badan dan paha kanan. Mayatnya ditemui di atas penutup longkang di hadapan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam.

Lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu lori.

"Lelaki itu dipercayai mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 itu pada Khamis dan isterinya yang tidak bekerja hanya mengetahui perkara itu hari ini dan berlaku pergaduhan antara mereka selepas lelaki itu kalah dalam perjudian," katanya.

Pasangan itu berkahwin Oktober lepas dan masih belum mempunyai cahaya mata.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli