Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tabiat Menghisap Jari Oleh Si Kecil Jika Dibiarkan Boleh Mendatangkan Kesan Buruk


Tabiat menghisap jari adalah satu amalan semulajadi bagi seorang bayi dan ada yang telah pun bermula sejak dalam kandungan lagi.

Proses menghisap jari bagi bayi adalah satu perkara normal kerana inilah caranya bayi berkenaan akan belajar menyusu di mana bayi akan menghisap sebarang objek yang diletakkan ke mulutnya secara automatik.

Tabiat menghisap jari ini jika dibiarkan akan membuatkan si kecil mula berasa seronok kerana ia memberi kepuasan kepadanya menyebabkan tabiat ini akan terus berlaku.

Menurut Sigmund Freud, ahli Neurologist terkenal, menghisap jari adalah salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.

Tetapi tahukah anda sebenarnya tabiat menghisap jari ini mempunyai keburukan jika ia diteruskan sehingga menjangkau ke umur 4-6 tahun.


Secara umum, kesan buruk menghisap jari tidak akan kelihatan sekiranya kanak-kanak tersebut cuma mengamalkan tabiat ini ketika gigi mereka masih 100% gigi susu. Lagi lama tabiat menghisap jari diamalkan, lagi tinggi peluang untuk kanak-kanak tersebut mendapat kesan buruk akibat menghisap jari secara berpanjangan.

Kesan buruk akibat menghisap jari ini bergantung kepada kekerapan bayi itu menghisap jari, tempoh masa dan daya kekuatan. Berdasarkan kajian, jika bayi menghisap jari walaupun dengan kuat tetapi dalam tempoh yang singkat akan memberikan hanya sedikit kesan berbanding menghisap jari secara perlahan tetapi tempoh lama.

Beberapa pakar telah menjalankan kajian di mana membuktikan dengan sedikit hisapan jari sebenarnya sudah menggerakkan sturktur gigi kanak-kanak. jadi, sekiranya jari hanya dihisap dengan perlahan tetapi kekal di dalam mulut sepanjang malam, daya yang dihasilkan cukup untuk menggerakkan gigi dan menimbulkan kesan-kesan lain yang tidak diingini.

Kesan buruk


- Jika tabiat ini dibiar berlanjutan sehingga anak berumur 4 tahun, ia akan mengundang kepada masalah pergigian di mana ia boleh membuatkan barisan gigi atas akan ke hadapan(jongang) atau rongak.

- Gigi bertindih atas dengan bawah sehingga 2-3mm.

- Pelat bertutur terutama untuk menyebut huruf 's' dan 'f'.

- Bergantung kepada kedudukan jari di dalam mulut, gigi hadapan kanak-kanak tersebut mungkin akan bergerak lebih ke hadapan atau lebih ke belakang.

- Ketika menghisap, pipi kanan dan kiri akan menghimpit rahang. Jika ini dilakukan secara berterusan, rahang boleh mengecut dan menjadi sempit (seperti bentuk huruf V), lalu akan berlaku kekucar-kaciran dalam kedudukan gigi.



Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat ini?

- Memberi galakan membina. Contohnya, puji anak anda apabila dia tidak menghisap jari berbanding memarahinya ketika dia menghisap jari. Anak anda akan lebih gembira dan lebih bermotivasi untuk berhenti.

- Ganjaran seperti mainan, makanan kegemaran atau lawatan ke tempat kesukaannya seperti zoo sebagai hadiah untuk anak anda. Elakkan makanan bergula kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

- Anak-anak ini mungkin tidak selesa untuk proses berhenti ini, kita sebagai ibu bapa harus memberi sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka sehingga mereka berjaya.

- Alat bantuan boleh digunakan untuk menghalang mereka menghisap jari seperti menyapu larutan yang pahit ke atas jari, membalut jari yang dihisap atau memakaikan sarung tangan semasa tidur.

Ulasan dari Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) seorang pegawai pergigian yang sedang bertugas di Kelantan yang ditulis semula oleh Siakapkeli. - Siakapkeli.my

Sumber
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli