Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Ragut Terpaksa Dihantar ke Hospital Selepas Dibelasah Orang Ramai



Kajang, 31 Jan: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital apabila dia dibelasah oleh orang ramai selepas dikatakan meragut seorang wanita di hadapan Pasar Semenyih dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi.

Suspek yang berusia 38 tahun itu bersama rakannya menunggang motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa yang dalam perjalanan ke pasar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, anak mangsa yang turut menyaksikan kejadian bertindak mengejar suspek bersama beberapa orang awam sebelum salah seorang suspek ditahan.

"Rakan jenayah suspek sempat melarikan diri manakala suspek ditahan orang ramai," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Suspek yang ditangkap kini sedang dirawat di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan selepas dipukul orang awam. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli