Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahmad Maslan Kini Dilantik Sebagai “Jeneral Perang”


KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, mungkin jadual Ahmad Maslan akan menjadi lebih sibuk dari biasa.

Ahmad Maslan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO kini telah dilantik untuk memegang portfolio Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi.



Penukaran ini sekaligus menjadikan Ahmad Maslan sebagai ketua didalam hal-hal yang melibatkan politik siber atau lebih mesra dengan nama "perang siber".

Penukaran itu diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang turut mengumumkan beberapa rombakan lain dalam pentadbiran UMNO Pusat.

Jawatan lama Ahmad Maslan kini dipegang oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

"Saya telah mengumumkan beberapa penyusunan semula dalam struktur Majlis Tertinggi," kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.- siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli