Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Sultan Melaka' Kembali Jadi Buruan Polis






Rentetan pengurniaan pingat dan darjah yang diberikan kepada beberapa individu baru-baru ini, 'Sultan Melaka' kini sidang giat dijejaki polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata satu pasukan siasatan khas juga ditubuhkan dan siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan bukti dan mengesan saksi atau mana-mana individu yang berkaitan kes itu.

“Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima pingat atau darjah daripada beliau,” katanya.

Terdahulu polis menerima satu laporan yang dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap individu yang mengakuinya sebagai 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah, 58 pada 30 Disember lalu.

Baru-baru ini Noor Jan memberi penganugerahan terhadap beberapa individu dan aktivis dan gambar-gambar tersebut menjadi viral di laman sosial.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah merupakan salah satu penerima tersebut yang membawa kepada gelaran Datuk.

Noor Jan pada awal tahun lalu pernah ditahan polis bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Selangor. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli