Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sultan Melaka" Disiasat Dibawah Akta Hasutan



Melaka: Satu pasukan siasatan khas ditubuhkan oleh Polis Melaka bagi menyiasat seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka.

Siasatan yang dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948 itu dijalankan susulan laporan dari Pejabat Ketua Menteri.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, siasata akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu yang berkaitan dengan kes.

"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes yang sama pada awal tahun lalu.

Bagaimanapun, isu tersebut kembali hangat setelah viral gambar beliau di majlis pengurniaan darjah kebesaran bersama beberapa individu dan aktivis.

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran di dalam majlis tersebut adalah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah yang dikurniakan gelaran datuk.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, Noor Jan perlulah menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara dan tidak memburukkan suasana keharmonian yang sedia ada.

"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri...sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

"Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli