Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SRC International & RM2.6 Billion : SPRM Mahu Keputusan Peguam Negara Dinilai Semula


KUALA LUMPUR, 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini mengarahkan kes SRC International dan dana RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak ditutup.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, SPRM memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat khas pada hari ini yang bertujuan membincangkan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara itu.

"Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan oleh PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik.

"Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya," kata kenyataan tersebut sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut SPRM juga, PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

Peguam Negara pada Selasa dalam satu sidang media berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes SRC International dan dan RM2.6 billion. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli