Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Nafi 37 Syor Dakwaan Terhadap Najib


18 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan terdapat 37 syor dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak  berhubung siasatan terhadap SRC International seperti yang didakwa oleh sebuah portal.

SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya terbabit sebagaimana lapor Malaysiakini.

Selain itu, SPRM juga mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dikembalikan Jabatan Peguam Negara kepada mereka.

"SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan SPRM sebelum ini.

"Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat," kenyataan ringkas SPRM dipetik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi sebelum ini di dalam satu kenyataan berkata pihaknya mahukan penjelasan lanjut dari SPRM berhubung kertas siasatan terbabit.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan pihak SPRM," tulis kenyataan tersebut.

"Jabatan ini juga mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat."

Pada 31 Disember lalu, SPRM berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara selepas mengambil keterangan hampir 100 individu termasuk penderma RM2.6 billion. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli