Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Dedah Wujud Unsur Rasuah Dalam Isu Bauksit di Pahang

Foto : Luqman Hakim Zubir/BH Online
KUALA LUMPUR, 6 Jan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujud unsur rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu di dalam isu bauksit yang tidak terkawal di Pahang.

SPRM mendedahkan perkara itu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SPRM juga berkata pihaknya memandang serius akan perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

"Unsur rasuah dalam aktiviti pengeluaran bauksit dikesan berikutan aduan yang banyak diterima oleh suruhanjaya itu berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti perlombongan yang tidak terkawal di negeri berkenaan," menurut kenyataan itu.

Perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Kuantan dilaporkan sejak tahun lepas dan dikatakan telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sementara itu,Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan akan mengenakan moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini kepada semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli