Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Singa 'Merayu' Kepada Pelancong Supaya Lepaskan Rantai Besi Yang Terjerut Di Lehernya


AFRIKA SELATAN: Seekor singan di Taman Negara Kruger baru-baru ini menggemparkan sepasang pelancong apabila haiwan lair berkenaan diliha sedang duduk di atas jalan seolah-olah sedang merayu.

Memetik laporan Metro.co.uk, haiwan itu apda mulanya dilihat merayau-rayau di tepi jalan sebelum berhenti dan duduk diatas jalan kerana mengalami kecederaan serius akbibat terjerut besi rantai di lehernya.

Pasangan pelancong Meliska Vijoen and Meike Pettit pada mulanya berfikir akan diserang haiwan buas tersebut namun semua jangkaan itu meleset selepas haiwan itu tidak menunjukkan tanda seperti mahu menyerang sebaliknya memberikan isyarat supaya rantai besi itu dilepaskan daripada lehernya.



Pasangan ini kemudiannya memaklumkan keadaan haiwan itu kepada pegawai taman negara berkenaan.

“Jelas menunjukkan haiwan itu ‘merayu’ minta dibantu,” Vijoen berkata demikian ketika memuatnaik gambar haiwan terbabit di media sosial.

Renjer hutan dikatakan telah menutup jalan utama taman negara tersebut demi memberikan laluan kepada pasukan perubatan untuk mencari dan menyelamatkan singa berkenaan.

Tidak lama kemudian, haiwan tersebut ditemui dan dibantu oleh pasukan perubatan taman negara terbabit.

Singa itu terpaksa menghabiskan masanya dibawah pemantauan unit perubatan taman negara sebelum dilepaskan kembali ke habitatnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli