Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas "Sultan Melaka", Kini "Bonda Ratu" Pula Ingin Sampaikan Anugerah



KUALA LUMPUR 7 Jan. - Selepas kecoh isu penganugerahan pingat kebesaran oleh "Sultan Melaka" baru-baru ini, kini mucul pula wanita yang mahu melakukan perkara yang sama dengan mendakwa dirinya berasal dari keturunan melaka.

Majlis itu dijadualkan akan berlangsung Sabtu ini.

Wanita terbabit, yang menggelar dirinya sebagai Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia atau "Bonda Ratu" itu akan menyampai pingat kepada beberapa individu di "Hari Kebesaran Bonda Ratu" di Istana Ratu Mahligai Sungai Rambai, Melaka.

Antara nama yang tersenarai untuk menerima anugerah termasuklah beberapa tokoh dalam dan luar negara.

Difahamkan seramai 80 orang dijangka hadir pada majlis tersebut untuk menerima anugerah dan gelaran tertentu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran itu turut didakwa akan dihadiri oleh keturunan Kesultanan Kerinchi,’’ kata sumber Utusan Online.

Selain menyampaikan anugerah, wanita itu juga dijangka akan menjelaskan susur galur keturunan Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti.

Surat jemputan bagi majlis tersebut mendedahkan wanita tersebut mempunyai logo rasmi tersendiri yang melambangkan institusi Kesultanan Kerinchi selain menggunakan perkataan "Urusan Seri Paduka Baginda" serta mengguna gelaran "Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ratu.

Utusan juga melaporkan satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan negeri supaya perkara ini disiasat oleh polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli