Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Makanan Segera Hidang Roti Burger Penuh Kulat Kepada Pelanggan







Bukan sekali dua kita mendengar rungutan pelanggan berhubung kegagalan pihak pengendali premis makanan menjaga kebersihan dan kualiti produk mereka.

Seorang pelanggan restoran segera McDonald's di New South Wales baru-baru ini terkejut apabila 'burger' yang dimintanya dihidang dengan roti yang dipenuhi kulat.

Pelanggan berkenaan, Rebecca Hantzis melihat tompok hijau gelap kebiruan di atas permukaan roti burger itu.

Dia mempertikaikan tindakan pekerja McDonald's tersebut yang tidak memeriksa roti tersebut dengan sebaiknya, apatah lagi ketika mencucukkan label di atas hidangan itu.



"Cipta menu McDonald’s anda sendiri dengan hidangan sampingan kulat. Ini sungguh menjijikkan," demikian memetik kapsyen Rebecca apabila memuatnaik hidangan roti berkuat itu di laman sosialnya.

“Apabila saya nampak kulat itu, teman lelaki saya ambil gambar dan pulangkan semula burger ke kaunter.

“Kami tak terima apa-apa permohonan maaf pun, mereka cuma buat burger yang baru. Tapi ada satu lagi burger yang siap untuk dihidangkan di kaunter yang juga berkulat. Memang menjijikkan," ujarnya lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli