Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Rogol Gadis Tipu Diculik




KLANG: Remaja lelaki yang berusia 16 tahun mengaku bersalah kerana merogol seorang remaja perempuan yang bertindak memalsukan berita penculikannya baru-baru ini.

Memetik mStar, pengakuan remaja lelaki itu diberikan di Mahkamah Juvana hari ini, dan dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan jaminan RM1,000 dengan dua penjamin dengan 14 Januari ini sebagai sebutan semula kes.

Kes penculikan seorang remaja perempuan sebelum ini kecoh di seluruh negara selepas mangsa kononnya mendakwa diculik oleh beberapa individu dengan sebuah van putih dan dilarikan hingga ke Johor Bahru.

Bagaimanapun teka-teki penculikan itu terjawab pada 1 Januari lalu apabila dia ditemui bersama teman lelakinya di Bandar Sultan Suleiman, Klang.

Malah remaja perempuan itu mengada-adakan cerita penculikannya dengan alasan mahu bebas. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli