Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Portal Berita BBC Lapor Najib Terima RM2.08 Bilion Daripada Kerabat Diraja Arab Saudi



PETALING JAYA: Menurut satu sumber dari Arab Saudi telah mengesahkan kepada Agensi berita British Broadcasting Company (BBC) bahawa dana sebanyak $681 juta (RM2.08 bilion) telah disalurkan daripada sebuah akaun beribadi daripada negara teluk berkenaan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan mStar Online, sumber yang tidak didedahkan namanya itu memberitahu kepada BBC akaun peribadi berkenaan adalah milik seseorang yang 'kedudukan yang baik', dimana pembayaran itu dibenarkan oleh Allahyarham Raja Abdullah dan diperoleh daripada wang negara dan kewangan peribadi.

Portal BBC juga melaporkan bahawa wang berkenaan disumbangkan bertujuan untuk membantu Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum 2013 dimana ia dibuat untuk menggagalkan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Menurut BBC, pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia merujuk kepada pengasas parti pembangkang PAS telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, tetapi mengakui bahawa ia dilihat tidak mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Ikhwanul Muslimin yang merupakan organisasi Muslim itu telah ditubuhkan di Mesir tetapi telah berkembang untuk mempengaruhi parti-parti politik lain di seluruh dunia.

Pada satu sidang akhbar pada Selasa lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali telah mengisytiharkan Najib bebas tanpa apa-apa kesalahan jenayah.

Apandi dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa sumbangan peribadi' berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion), yang didakwa sebelum ini sebanyak (AS$ 700 juta) RM2.6 bilion telah didermakan oleh kerabat diraja Saudi 'tanpa apa-apa balasan' dalam beberapa pemindahan antara Mac hingga April 2013 sebelum PRU ke-13 pada 5 Mei.

Peguam Negara berkata AS$ 620 juta (RM1.89 bilion) telah dikembalikan kepada kerabat diraja Saudi pada bulan Ogos 2013 kerana 'jumlah wang itu tidak digunakan'.

Baki AS$61 juta (RM186 juta) tidak diambil kira, kata BBC.

Selain itu Arab Saudi ketika ini dikatakan menganggap Ikhwan Muslimin merupakan sebuah pertubuhan pengganas, menurut BBC, dan langkah itu juga dibuat memandangkan bekas Presiden Mesir Mohammad Morsi yang mengukuhkan Ikhwanul Muslimin pada masa itu.

Laporan itu dengan jelas bahawa Arab Saudi juga menyokong kewangan kerajaan tentera yang menggulingkan Morsi.

Sumber itu menjelaskan bahawa tidak ada 'apa-apa yang luar biasa' apabila kerabat diraja Arab Saudi memberikan berjuta-juta ringgit 'sumbangan peribadi' kerana ia sebelum ini telah berbuat demikian di Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan.

Apandi juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan pinjaman kerajaan RM4 bilion pada tahun 2011 kepada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang telah mengemukakan kertas siasatan, kemudiannya diarahkan untuk menutup fail.

Walau bagaimanapun, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin pada Selasa berkata bahawa "kemungkinan besar" Suruhanjaya itu akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara untuk menimbang semula keputusannya dalam 'kes mudah'. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli