Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PM Lawat Hadi Di IJN






KUALA LUMPUR: Melalui perkongsian di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan lawatan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) pada hari ini.

Terlebih dahulu, Hadi dimasukkan ke IJN pada awal pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga di IJN dan singgah ziarah beliau. Saya doakan beliau diberi sebaik-baik kesihatan oleh Allah," tulis Najib di Twitter.

Najib sebelum itu mengadakan pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan kecil di tangan kanannya pada Sabtu lalu.

Selain Hadi, Najib juga mengadakan lawatan ke atas bekas pegawai penerangan khasnya, Datuk Nasir Safar.

Ini merupakan kali kedua Najib melawat Hadi yang pernah dimasukkan ke IJN pada 2014 atas masalah pernafasan. -Siakapkeli.my 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli