Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pihak Berkuasa Giat Banteras Penyertaan Rakyat Malaysia Dalam Katibah Nusantara





KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia kini meletakkan tahap bersiapsiaga tinggi bagi membanteras penyertaan rakyat negara ini dalam Katibah Nusantara, iaitu kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Islamic State (IS).

Dilaporkan lebih 200 rakyat Malaysia dan Indonesia terlibat dalam kumpulan itu.

"Sel serpihan kumpulan pengganas ini mula dikenali dalam hierarki IS.

"Selain dipilih untuk melakukan tugas kecil seperti kerja pembersihan, pejuang Katibah amat dikehendaki untuk menyertai 'misi khas' termasuk sebagai penembak tepat dan pengebom berani mati," demikian memetik laporan mStar.

Katibah Nusantara sebelum ini dikenali sebagai Majmu'ah al Arkhabiliy dan pernah dipantau, selain mempunyai 100 anggota dan berpangkalan di Raqqa, Syria dengan menggunapakai model perang di Afghanistan.

"Pejuang Malaysia dan Indonesia ditempatkan di dalam sebuah kompleks pangsapuri bersama keluarga mereka.

"Memandangkan ia semasa perang di Afghanistan, militan dari Malaysia, Indoensia dan ada kalanya dari Singapura berkumpul bersama-sama untuk membentuk kelompok dari Asia Tenggara kerana bercakap dalam bahasa yang sama.

"Jika mereka datang bersama keluarga, keluarga mereka akan ditempatkan di sebuah pangsapuri manakala golongan lelaki akan menjalani latihan ketenteraan," kata sumber itu sambil menambah kumpulan itu turut menyebarkan propaganda IS terhadap kanak-kanak di rantau ini.

Pejuang-pejuang Katibah Nusantara juga mahu mewujudkan jawatan khalifah di seluruh dunia, dan pulang ke negara maisng-masing untuk menyebarkan operasi dan melancarkan serangan, sebagaimana yang berlaku di Jakarta Khamis lepas. -Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli