Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pertukaran Guru Dibuka Tiga Kali Setahun Bermula Tahun Ini


Berita baik buat guru-guru apabila permohonan pertukaran guru akan dibuka sebanyak tiga kali setahun bermula Janiari ini serta Jun dan Disember bagi mengatasi masalah guru ang terpaksa berjauhan daripada pasangan mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. berkata, sebagai permulaan, permohonan pertukaran guru yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak ke semenanjung dibuka semula pada 15 hingga 25 Januari ini.

Bagaimanpun pertukaran ini tidak melibatkan guru-guru yang mengajar di kelas peperiksaan iaitu guru tahun enam, tingkatan tiga dan tingkatan lima kerana tidak mahu aktiviti pengajran dan pembelajaran pelajar terganggu.

"Sebelum ini, pertukaran dibuat dua kali setahun iaitu pada Jun dan Disember. Bagaimanapun, bagi guru yang mengajar di kelas peperiksaan, permohonan elok dibuat pada hujung tahun sahaja kerana kelas sedang berjalan," katanya dipetik laporan Bernama.

Menurut Mahadzir dalam satu ucapannya berkata terdapat 149 orang guru yang lebih 10 tahun berjauhan daripada pasangan tetapi tidak pernah membuat permohonan pertukaran tempat berkhidmat.

Oleh itu, Kementerian pendidiakn akan emngkaji semula tugas memasukkan data beberapa aplikasi untuk membolehkan guru-guru memberi tumpuan kepada tugas hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli