Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pereka Fesyen Perjelas Baju Didakwa Seperti 'Ayam Belanda' yang Dipakai Fara Fauzana Ketika AJL30


PETALING JAYA, 25 Jan: Pereka busana 'ayam belanda' yang dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menjelaskan baju terbabit merupakan koleksi sedia ada yang dhasilkan pada tahun 2015.

Menurut Rizalman 44, Fara Fauzana meminjam baju itu pada saat akhir kerana busana dari pereka fesyen lain yang sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah tersebut.

"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," ujarnya sebagaimana memetik laman Instagramnya.

Rizalman menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab kritikan penonton terhadap baju rekaannya itu yang dipakai oleh Fara Fauzana ketika mengacara AJL30 yang seolah-olah menyerupai 'ayam belanda'.

Rizalman juga berkata dia tidak berniat untuk menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus mengkritik mereka atas apa yang berlaku.

Selain dari Fara Fauzana, Rizalman turut menyediakan baju yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pada malam itu.

Sementara itu, Fara Fauzana pula bersikap terbuka dengan menganggap segala kritikan sama ada yang baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujarnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli