Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peniaga di Mara Digital Mall Raih Jualan RM80,000

No Comment
Foto : FMT

KUALA LUMPUR : Biarpun hanya baru sebulan dibuku, Mara Digital Mall telah pun mendapat sambutan luar biasa apabila peniaga peralatan produk telekomunikasi dan komputer meraih jualan melebihi sasaran.

Menurut salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan di Mara Digital Mall, GreenFone, syarikatnya memperoleh jualan RM80,000 jauh lebih tinggi berbanding sasaran awal sekitar RM40,000 sebulan.

Menurut penyelia GreenFone, Muhammad Azmer Abdul Rahman, kejayaan tersebut disebabkan oleh produk yang ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.

Banyak pelanggan mencari model Asus dan Lenovo dan disebabkan itu, kita menumpukan kepada dua ‘brand’ ini,” katanya sebagaimana lapor FMT.

Menurut Jurujual Forte Solution Sdn Bhd, Mohd Naim bin Md Kawil pula, Mara Digital Mall juga berjaya menarik pelanggan dalam kalangan bukan Bumiputera dan pelancong asing.

Mereka bercadang nak datang ke Low Yatt tapi bila tengok Mara Digital Mall telah dibuka mereka datang sini,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli