Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengubahsuaian Bajet 2016 : Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu


1 - Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.

2 - Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.

3 - Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.

4 - Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.

5 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

6 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

7 - Program BR1M akan terus dilaksanakan.

8 - Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.

9 - Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.

10 - Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

11 -  Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.

12 - Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

13 - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.

Untuk melihat transkrip penuh ucapan Perdana Menteri sila ikuti pautan ini : www.najibrazak.com

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli