Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Putus Kaki Terima Sumbangan Peribadi Dari PM

ABDUL Azeez melawat Siti Nuraisyah Sahrin di HTAR, Klang, hari ini. - Foto BH Online / Intan Nur Elliana Zakari

KLANG, 20 Jan: Pelajar 13 tahun yang putus kaki akibat kemalangan pada Isnin lalu menerima sumbangan peribadi dari Perdana Menteri, Najib Razak.

Sumbangan bernilai RM 10,000 itu disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebentar tadi.

Selain dari sumbangan tersebut, Azeez turut mengumumkan sumbangan berupasa sepasan kaki palsu dari Biro Kebajikan UMNO untuk Nuraisyah.

"Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, " katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah akan ditaja menunaikan umrah bersama ibu bapanya selepas ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli