Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan di India

Hospital kerajaan Chitradurga

PUTRAJAYA: Seorang pelajar Malaysia meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Chitradurga, Karnataka, India, semalam.

Wisma Putra berkata, Mendiang S Uthaya Kumar, seorang pelajar tajaan JPA meninggal dunia apabila motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam di Chitradurga, kira-kira 600 km barat dari Chennai.

Mendiang, pelajar tahun tiga Kolej Perubatan Melaka Manipal (MMMC) - Kampus Manipal meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kerajaan Chitradurga.

Kementerian Luar dan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta bersedia memberi bantuan konsular kepada keluarganya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli