Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Parang vs Peluru : Lelaki Berparang Cedera Ditembak Pengawal Peribadi Datuk



KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seorang lelaki cedera setelah ditembak pengawal peribadi seorang Datuk di Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin, dekat sini dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi hari ini.

Utusan Online melaporkan penjenayah tersebut bersama seorang lagi rakannya difahamkan telah menyerang Datuk tersebut menggunakan parang.

Datuk tersebut dikatakan sedang menikmati bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan terbabit.

Menurut saksi kejadian, rakan kepada Datuk terbabit telah ditetak di bahagian bahu manakala seorang pekerja di gerai berkenaan yang berusia 17 tahun dipercayai terkena serpihan peluru.


“Dua penjenayah yang menaiki motosikal tiba-tiba menyerang dua individu yang sedang makan di gerai terbabit namun pegawai peribadi mangsa itu bertindak menembak penjenayah berkenaan.



“Salah seorang penjenayah itu terkena tembakan dan seorang lagi berjaya melarikan diri,” jelasnya.

Memetik laporan NST pula, pemilik warung tersebut, Wong Chun Hui, 50, turut berada di tempat kejadian ketika insiden berlaku.

"Lelaki itu cuba menetak Datuk terbabit tapi terkena rakan Datuk tersebut".

"Sebanyak tujuh ke lapan das tembakan dilepaskan".- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli