Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pakai Skirt Jarang Berkalimah Arab, Agnes Monica Ditegur Netizen


Akibat memakai skirt jarang yang mempunyai kalimah Arab ketika persembahan di Konser Raya 21 Indosiar pada Isnin lalu, penyanyi dan pelakon Indonesia, Agnes Monica, ditegur oleh netizen.

Agnes dan beberapa bintang Indonesia lain tampil di dalam konsert tersebut bagi meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen itu.

Agnes memakai pakaian jarang tersebut ketika menyanyikan single antarabangsanya, Boy Magnet di pentas.

Busana hitam yang jarang itu mempamerkan kalimah Arab pada bahagian bawah skirt.

Netizens mula tertanya-tanya apa maksud perkataan tersebut dan ada yang menegur perbuan Agnes itu.






Pihak penaja busana tersebut bagaimanapun tampil memberi penjelasan bahawa perkataan Arab itu adalah 'muttahidah' yang bermaksud 'bersatu' dalam bahasa Malaysia.


Majlis Ulama Indonesia (MUI) ketika dihubungi oleh detikHot menjelaskan bahawa kalimah terbabit bukan satu penghinaan terhadap Islam.

"Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju," ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli