Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nama KJ Tersenarai Dalam Calon Akhir Anugerah MeleTOP Era 2016


PETALING JAYA: Nama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nampaknya telah tersenarai sebagai lima calon terbaik di dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang bakal berlangsung pada 28 Februari depan.

Memetik laporan mStar Online, nama Khairy telah tercalon dalam kategori Bintang Online MeleTOP bersama empat pencalonan hebat lain iaitu Zizan Razak, Emma Maembong, Datuk Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam.

Selain itu apa yang menarik, Datuk Siti masih membukti kehebatannya dalam industri hiburan tanah air apabila namanya berjaya tersenarai dalam empat kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP (Terbaik Bagimu) dan Bintang Online MeleTOP sekaligus Siti mendominasi senarai pencalonan anugerah tahun ini.

Nama besar lain yang turut mendominasi pencalonan pada tahun ini termasuk Zizan Razak, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam, Ayda Jebat dan Syamel AF 2015.

Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.

Edisi tahun ini juga menyaksikan muka baharu turut tercalon seperti Zahirah Macwilson, Mark Adam, Azrel Ismail, Syamel AF, Hafreez Adam, Ezad Lazim dan Mira Filzah.

Anugerah MeleTOP Era 2016 ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Dalam perkembangan sama, Ketua Format Dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris berkata, seperti tahun sebelum ini penonton diberi hak mutlak sepenuhnya dalam menentukan pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan.

Malah katanya, peratusan undian awal sebelum ini menunjukkan peningkatan mendadak berbanding pada tahun sebelumnya.

"Seperti tahun sebelumnya, 100 peratus kuasa mutlak yang diberikan kepada peminat untuk menentukan siapakah bakal mendominasi Anugerah MeleTOP Era melalui undian SMS, undian secara online ataupun menerusi aplikasi terbaru, Raku.

"Pada tahun ini jug menyaksikan kehebatan luar biasa apabila jumlah peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama bagi kategori Drama MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP meningkat secara mendadak," katanya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016:

DRAMA MELETOP

1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP

1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP

1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Dato AC Mizal
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP

1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP

1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Dato’ Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

PENYANYI MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP

1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Dato’ Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP

1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP

1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

FESYEN MELETOP

1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Dato’ AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

ARTIS BAHARU MELETOP

1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson

BINTANG ONLINE MELETOP

1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

COUPLE MELETOP

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli