Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adik Perdana Menteri Puji Khidmat "UBER"

No Comment


Meskipun aplikasi "Uber" mendapat tentangan dari sesetengah pihak, namun bagi adik kepada Perdana Menteri, perkhidmatan tersebut bukan sahaja menawarkan harga kompetatif tetapi juga boleh dipercayai.

Nazir Razak berkata sedemikian bersama satu kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram beliau.

Menurut Nazir, dia menggunakan khidmat itu buat pertama kalinya hari ini.

Di dalam gambar yang dimuat naik, Nazir memuat naik selfienya dengan Babar.

"Selfie dengan Babar, pemandu Uber pertama saya. Sangat baik untuk nilai - pilihan kereta, senang digunakan, harga kompetatif dan dipercayai"

Perkhidmatan Uber mencetus kontroversi sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia.

Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang mendesak agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengharamkan perkhidmatan Uber kerana ia mengganggu periuk nasi pemandu teksi negara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli