Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Dedah Beberapa 'Hotspot' Baharu Ancaman Pengganas


KUALA LUMPUR, 17 Jan: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendedahkan terdapat beberapa kawasan panas baharu yang tersenarai dalam kawasan yang menjadi ancaman pengganas.

Menurut beliau, maklumat tersebut diperoleh dari pasukan perisikan negara.

"Ya saya ada terima maklumat (daripada perisikan). Antara kawasan termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas dan Damansara," katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media Pelancaran Kempen Kibarkan Bendera Wilayah Persekutuan di sini hari ini.


Tambah beliau juga, pihaknya yang kini bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.

"Ada pihak hendak huru-harakan keamanan negara, cemburu dengan pencapaian yang kita capai.

"Kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan ini termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut beliau juga, tumpuan kawalan keselamatan kini bukan tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja, malah pada Putrajaya dan juga Labuan.

Kepada semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk bersiap siaga dan berhati-hati dan memperbanyakkan kawalan di tempat (tumpuan ramai) di KL, Putrajaya dan Labuan.

Kita akan tambah anggota keselamatan. Kalau perlu pertambahan anggota, kita akan bincang dengan Kementerian Pertahanan dan jika ada keperluan kita akan meminta anggota tentera untuk bersama dengan kita,” katanya.

Selain itu, Tengku Adnan juga meminta orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya mendapat apa-apa maklumat mengenai individu-individu yang mencurigakan.

Kita merayu kepada orang ramai kalau ternampak orang yang mencurigakan untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berdekatan dengan mereka,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli