Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menerusi Video, ISIS Beri Amaran Kepada Malaysia


KUALA LUMPUR: Wakil militan IS menghantar mesej amaran kepada Malaysia berikutan usaha negara ini yang giat memerangi kumpulan terbabit.

Menerusi rakaman video yang bertajuk "Mesej Awam Kepada Malaysia" itu disiarkan dalam bahasa Malaysia itu, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.

"Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah."

Selain dari video ancaman itu, terdapat juga satu video yang menyeru 'saudara' Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Di dalam video tersbut, dilihat salah seorang ahli Katibab, Abdul Halid Dari menggesa mereka untuk berikrar kesetiaan terhadap pemimpin IS, abu Bakr Al-Baghdadi.

Selain itu, Abdul Halid juga ada menyebut tentang ajaran Nabi Muhammad bagi menyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin ketika mengulas mengenai video ancaman berkenaan berkata ancaman dan cabaran kepada Malaysia itu mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah.

"Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

"Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Katanya juga, bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati kerana serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mampu untuk membiarkan pengawal kami ke bawah," katanya.

Tentang video yang ditujukan kepada Somalia pula, Ayob Khan berkata biarpun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, tapi Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki pembabitan rakyat malaysia di dalam kumpulan Al-Shabaab.

"Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli