Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Me'nate Nafi Hidang Makan Malam RM19 Ribu Untuk PM


Susulan viral satu gambar resit yang mendakwa kononnya restoran Me'nate Steak Hub menyajikan makan malam berharga RM19 ribu untuk Perdana Menteri, pemilik restoran berkenaan, Mustafa Othman tampil menafikan viral itu.

Menerusi facebooknya, Mustafa menyifatkan penyebaran gambar resit itu sebagai tindakan berbentuk provokasi dari pihak yang berkepentingan politik.

Menurut Mustafa, jelas tanda harga yang dipamerkan dalam gambar resit yang viral itu adalah hasil suntingan dan ia bukan satu standard harga yang digunakan oleh restoran berkenaan.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan logik disebalik kombinasi hidangan yang diletakkan di dalam resit berkenaan.

"Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain," tulis Mustafa.


Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri...
Posted by Mustaffa Othman on Saturday, 23 January 2016

Selain itu, beliau juga menafikan chef yang tersebar di dalam gambar terbabit adalah chef dari restorannya.

"Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate..

"Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.", tulis Mustapha.

Mustafa kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan viral terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli