Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memperkenalkan SJKC Aik Hua, Sekolah Yang Hanya Mempunyai Seorang Pelajar

No Comment
Gambar : NST
TAIPING, 4 Jan - Dikala sekolah-sekolah lain dipenuhi dengan para pelajar darjah satu yang baru memulakan persekolahan hari ini, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Hua pula mencatat sejarah apabila memulakan sesi persekolahan tahun 2016 hanya dengan seorang pelajar sahaja.

Sekolah rendah itu terletak di sebuah perkampungan nelayan di Pulau Pasir Hitam di sini.

Pelajar sekolah tersebut, Oon Sheng Juin, 7, hadir ke sekolah berkenaan dengan ditemani oleh nenknya, Lim Pek Eng, 65, yang merupakan seorang pekerja di kedai kopi.

"Dia mempunyai minat untuk bersekolah. Saya lihat dia suka belajar," kata Lim.


Sementara itu, guru besar sekolah terbabit, Hee Kam Poong, 51, percaya bahawa Oon akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah terbabit biarpun dia merupakan satu-satunya pelajar di sekolah berkenaan.

"Murid ini juga aktif kerana dia minat untuk belajar walaupun dia tidak boleh menguasai bacaan A hingga Z," katanya.



"Tahun lepas, kami mempunyai dua pelajar di tahun enam tapi selepas mereka tamat persekolahan, tiada lagi yang tinggal", katanya.

"Diharapkan agar Oon tidak berseorangan tahun depan kerana seorang lagi penduduk kampung bersetuju untuk membawa anaknya bersekolah di sekolah ini", tambahnya.

Selain guru besar, sekolah tersebut turut mempunyai dua lagi guru iaitu Tan Boon Lin, 34 dan Chuah Hooi Tee, 32.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Sekolah Cina Perak, Datuk Lee Kon Yin berkata pihaknya kini dalam usaha untuk memindahkan SJKC Aik Hua ke tempat lain memandangkan lokasi semasa tidak sesuai.

"Kita sedang berunding dengan pemaju untuk menyediakan tapak seluas 1.2 hektar bagi membina bangunan sekolah baharu.

"Perpindahan sekolah ini penting bagi membolehkan murid dapat belajar dengan selesa," katanya yang turut sama berjumpa dengan Oon di sekolah tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli