Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Maut Kereta Terputus Dua

No Comment


KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya terputus dua setelah di rempuh oleh sebuah kenderaan lain dalam satu kejadian di Jalan Tuaran Bypass disini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.55 malam itu, kereta jenis Proton Saga Yacob Ahmad, 50, dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki oleh dua lelaki.

Difahamkan mangsa dirempuh ketika memandu seorang diri ketika membuat pusingan U.

Mangsa dari Kampung Bim-Bim Sandakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Rempuhan menyebabkan kereta Proton Saga itu terputus dua manakala mangsa pula tersepit di dalam kenderaanya.

"Pemandu dan penumpang Perodua Kelisa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli