Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lori Hantu Terbabas Depan Sekolah : Pemandu Warga Asing Ditahan


Kajang, 14 Jan : Susulan tragedi lori hantu yang terbabas di hadapan SMK Bandar Damai Perdana petang tadi, seorang pemandu warga asing ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Di dalam kejadian terbabit, dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala dua lagi pemandu wanita cedera.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian tersebut dipercayai berpunca dari masalah brek lori dimana ketika itu lori terbabit dipandu menuruni kawasan bukit ketika kejadian.

Katanya lagi, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar dua kereta, sebuah van dan 15 motosikal sebelum melanggar pokok di hadapn sekolah.

Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit.,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Seorang saksi kejadian yang juga seorang penjual air di hadapan sekolah tersebut, Shahairi Abu Bakar, 40, berkata, dua pelajar terbabit sedang membeli makanan di gerai berhampiran dan mereka ditemui di bawah van selepas kejadian.

Saksi tersebut berkata, pemandu warga asing itu cuba melarikan diri namun ditahan pelajar sekolah sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli