Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Tunjuk Cara Membina Rumah "Hobbit" Yang Cukup OHSEM Sama Seperti Di Dalam Filem


Seorang lelaki bernama Ashley Yeates dan rakannya Alec Wright yang kedua-duanya berumur 30 tahun dari Bedford, United Kingdom telah menarik perhatian ramai apabila mereka telah membina rumah impian kanak-kanak seperti dalam filem terkenal, The Hobbit.

Mereka pada mulanya ingin membina rumah pokok, tetapi memandangkan ruang yang agak terhad dengan tiada pokok besar di belakang rumah Ashley, mereka telah menukar rancangan itu dengan membina 'lubang' Hobbit berkenaan yang cukup lengkap seperti di dalam filem.

Menurut Ashley Yeates, mereka sentiasa melakukan pelbagai projek yang dianggap luar biasa.

"Apa yang kami hasilkan ini adalah hasil gabungan diri kami dengan alam sekitar dan anda sebenarnya akan terkejut lubang berkenaan apabila dibuka pintunya akan mendedahkan satu suasana yang cukup manarik."

"Saya mempunyai keluarga yang besar, sejak rumah itu siap, anak-anak saya dan rakan-rakan kejiranan selalu datang dan banyak menghabiskan masa mereka seharian di dalam rumah tersebut," katanya dipetik GoodMorningAmerica.com.

Jom kita saksikan kerja yang dijalankan untuk membuat rumah Hobbit yang dikatakan mengambil masa setahun untuk disiapkan itu.





















- Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli