Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Pengganas Ditahan Bersama Dokumen Daesh & Senjata di LRT Jelatek



KUALA LUMPUR: Polis Bahagian Cawangan Khas Anti Keganasan (E8) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Daesh di LRT Jelatek pada Jumaat.

Lelaki terbabit ditahan bersama dokumen berkaitan kumpulan terbabit dan senjata.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya.

Portal berita Astro Awani diberitahu seorang pegawai kanan polis bahawa kenyataan mengenai penangkapan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, KPN telah mengarahkan PDRM untuk meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi.

Langkah-langkah keselamatan sudah dilaksanan di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah dan tarikan pelancong susulan serangan pengganas di Jakarta sebelum ini.

"Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang kemungkinan penyusupan elemen-elemen keganasan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli