Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Krisis Perebutan MB, Datuk Terlajak Laris Terpaksa Berfikir Dua Kali Untuk Taja Kedah


KUALA LUMPUR: Berikutan kemelut politik yang sedang melanda kepimpinan negeri Kedah ketika ini nampaknya telah membuatkan syarikat kosmetik D'Herbs terpaksa berfikir dua kali untuk menaja skuad Lang Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Menurut Pengasas syarikat kosmetik terbabit, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, beliau ini berasa sedikit  'tergugat' dengan perkembangan politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Beliau menyatakan kebimbangan jika segala tawaran yang dijanjikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepadanya sebelum ini tidak dapat dilunaskan selepas bersetuju untuk memberikan penajaan kepada skuad Tan Cheng Hoe.

"Sebelum ini, saya bertemu secara peribadi dengan Presiden KFA, yang juga Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berhubung tawaran yang bakal diberikan kepada saya jika saya bersetuju menaja pasukan Kedah. 

"Jadi, saya risau jika berlakunya sebarang pertukaran dalam pentadbiran dan organisasi persatuan bola sepak negeri itu. Saya bimbang mereka tidak dapat menawarkan perkara yang sama kepada saya selepas persetujuan untuk penajaan sudah dicapai. 

"Apapun, saya tidak mahu mengulas panjang berhubung isu ini kerana ia membabitkan politik dan saya hanya menunggu kesudahan kemelut terbabit," katanya dipetik laporan BH Sukan, semalam.

Datuk Aliff dalam kini hanya menunggu perkembangan terbaru politik negeri berkenaan di mana beliau akan menunggu keputusan kedudukan Mukhriz selaku Presiden KFA diputuskan dan akan mempertimbangkan semula keputusan sama ada mahu menaja pasukan Kedah atau tidak selepas itu.

Beliau dilihat berminat untuk menaja pasukan Kedah berikutan tertarik dengan tawaran 'Terlajak Hebat' yang diberikan Mukhriz jika beliau bersetuju untuk menjadi penaja utama pasukan terbabit.

Selain itu, faktor penyokong Kedah yang sentiasa memenuhi ruang Stadium Darul Aman setiap kali perlawanan berlangsung juga merupakan faktor yang menarik perhatian jutawan kosmetik berkenaan.

Selain Kedah, dua lagi pasukan yang berkemungkinan bakal menerima 'durian runtuh' hasil penajaan D'Herbs adalah Pahang dan FELDA United memandangkan kedua-dua pasukan ini berkait rapat dengan dirinya iaitu negeri dan tempat kelahirannya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli