Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kiran Jassal Dinamakan Miss Universe Malaysia 2016



SERI KEMBANGAN: Hasil kerja keras Kiran Jassal, 20, berbaloi apabila beliau diumumkan sebagai Miss Universe Malaysia 2016.

Kiran seterusnya akan mewakili Malaysia dalam acara peringkat dunia pada tahun hadapan.

Kiran menerima mahkota dan selempang dari Miss Universe 2015, Vanessa Tevi Kumares.

Pelajar cemerlang yang mendapat semua 'A' dalam peperiksaan itu mempunyai cita-cita untuk membuka klinik ortodontik sendiri pada masa hadapan.

Dia kini sedang mengikuti kursus dalam bidang pergigian.

"Keseimbangan adalah penting. Kemenangan saya membuktikan bahawa jika anda pandai membahagikan masa dengan baik, sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka," katanya.

Kiran membawa balik wang tunai RM50,000 dan hadiah sumbangan penaja bernilai lebih RM200,000. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli