Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kesempitan Wang Buatkan Seorang Siswi Terpaksa 'Ikat Perut' Hingga Usus Terkoyak

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Akibat keadaan kewangan yang terlalu mendesak dan perlu berjimat, seorang pelajar Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa menahan lapar sehingga menyebabkan usunya tercedera.

Memetik laporan The Malay Mail Online, pelajar perempuan berkenaan yang berasal dari Sabah tersebut berkata, masalah kesempitan wang yang membelenggunya bukannya hanya pada peringkat ijazah tetapi sejak di peringkat asasi lagi.

“Saya pernah alaminya ketika berada di matrik. Akibat kurang makan, usus terkoyak dan membuatkan saya muntah darah.

“Doktor nasihatkan saya makan dan jika meneruskan tabiat tidak makan saya berisiko mendapat kanser usus. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa kerana duit tidak ada,” kata gadis yang dipanggil Nur itu, dipetik laporan Harian Metro.

Menurut Nur, wang saku baki hasil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM3,000 bagi satu semester kini hanya tinggal RM150 di mana dia telah melangsaikan hutang kawannya berjumlah RM1000 yang dipinjam semasa persiapan memasuki Universiti selain habis digunakan untuk membayar yuran.

Tegas Nur, beliau tidak sanggup untuk meminta wang daripada ibunya yang tinggal di Sandakan di mana menurutnya ibunya itu hanya mengambil upah menjahit, malah ayahnya yang dahulunya nelayan kini tidak bekerja kerana tangan dan kaki tidak boleh bergerak.

"Untuk menahan lapar, saya akan pergi ke masjid untuk menenangkan diri sambil membaca al-Quran, biarlah saya tidak makan asalkan saya boleh kuatkan diri dengan Tuhan.

“Lagipun saya tidak boleh melihat makanan terhidang ditambah dengan ketiadaan duit. Saya pernah berniat berhenti belajar dan mahu cari kerja untuk tolong mak ayah,” katanya.

Selain kes Nur, seorang pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media pula berkata, beliau kerap tidak datang ke kelas kerana mengalami gastrik selepas mengikat perut.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan berumur 20 tahun terpaksa berjimat RM30 seminggu untuk perbelanjaannya makan minum termasuk pembelian buku nota dan barang keperluan lain.

“Saya rela lapar dan jujur saya beritahu, pakaian yang saya pakai semuanya milik kakak serta baju kurung untuk kuliah juga diberi jiran di kampung,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli