Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Remaja Bertapa Di Gunung Ledang: Polis Belum Terima Sebarang Maklumat




TANGKAK: Susulan kes seorang remaja lelaki yang dikatakan pergi ke Gunung Ledang untuk bertapa, pihak polis sehingga kini memaklumkan tidak menerima sebarang maklumat daripada renjer hutan tentang perkara berkenaan.

“Setakat ini, tiada maklumat yang kita terima daripada renjer hutan Gunung Ledang mengenai individu yang mendaki atau bertapa di sana," demikian menurut Ketua Polis Daerah ledang, Supt Mohamad Salleh Abdul Razak sebagaimana memetik The Rakyat Post.

Malah Pejabat Polis Daerah Ledang juga tidak menerima sebarang laporan tentang kehilangan remaja itu, selain laporan keluarganya di Balai Polis Simpang Renggam.

Seperti dilaporkan semalam, remaja lelaki berkenaan, Mohd Azhan Ibrahim, 18 didakwa keluar dari rumahnya di Simpang Renggan pada 28 Disember lalu dengan menyatakan hasratnya untuk bertapa di Gunung Ledang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sekeping surat bertulisan tangan yang ditinggalkan di biliknya, dan disedari oleh ibu bapa remaja berkenaan.

Mohd Azhan, atau dikenali sebagai Angah meminta kedua ibu bapanya tidak risau dengan keadaannya kerana pemergiannya ke Gunung Ledang untuk mencari ketenangan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli