Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalendar Bomba 2016 Tampil Lebih Banyak Abang Bomba 'Sado'

No Comment

PETALING JAYA: Mungkinkah ini kalendar meja yang paling 'hangat' di Malaysia?

Kalendar ini adalah kalendar terbaru keluaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tahun 2016.

Namun mungkin malang buat peminat-peminat abang bomba, seperti tahun-tahun sebelumnya, kalendar jabatan tersebut hanya dicetak untuk edaran dalaman, jadi perkara yang sama dijangkakan pada tahun ini.

Namun pada 2015, kalendar keluaran jabatan ini menjadi popular apabila orang ramai menyuarakan keinginan mereka untuk mendapatkannya melalui laman sosial biarpun kalendar itu tidak diedarkan kepada umum. Akhirnya kalendar itu dicetak semula untuk memenuhi permintaan.

Apa pun, laporan The Star telah berkongsi kandungan-kandungan kalendar itu untuk tantapan awam.

Kalendar pada tahun ini kelihatan sama seperti tahun-tahun sebelum. Namun ia menampilkan lebih ramai ahli bomba yang berbadan sado sebagai model.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli