Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Sultan Melaka Tak Sah, Suruh Sultan Negeri Lain Beri Anugerah Pada Ayah - Rani Kulup




'Raja Repot' atau Abdul Rani Kulup Abdullah yang menerima anugerah daripada Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah yang membawa kepada Datuk Paduka Mahkota Melaka tidak ambil kisah dengan tanggapan banyak pihak bahawa penganugerahan itu tidak sah.

"Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah.

“Banyak jasa saya kepada sultan lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam," katanya memetik Malaysiakini.

Bukan itu sahaja, Abdul Rani yang mesra dipanggil Ayah juga berbesar hati dengan penganugerahan itu, memandangkan sebelum ini sering sahaja mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum Melayu.

Namun nampaknya Sultan Melaka Raja Noor Jan sahaja yang 'sedar' akan jasanya, meskipun pernah membuat satu sahaja laporan polis demi maruah individu itu.

"Ayah terkejut. Tak sangkalah dengan satu repot pada tahun 2012 lalu beliau berikan ayah anugerah ini. Pastinya saya perlu berterima kasih dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah.

"Ayah buat repot pelbagai isu lain termasuk melibatkan penghinaan kepada sultan Selangor, Johor, Perak dan Kedah. Tapi hanya beliau saja yang beri anugerah," katanya yang menerima gelaran itu pada Isnin lalu.


Malah Abdul Rani yang sering menggunakan ayat 'Kipidap' juga menyatakan tidak menyogok wang ringgit kepada Raja Noor Jan semata-mata mahu mendapatkan gelaran itu.

"Alhamdulillah saya gembira dengan pemberian tersebut, di samping satu hadiah istimewa iaitu pingat penganugerahan. Beliau juga begitu menghargai pengorbanan saya sepanjang 22 tahun dalam pasukan tentera tanah air," katanya yang juga menerima sebilah keris dan sepersalinan baju daripada Sultan Melaka. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli