Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Dakwaan Rasis di SJKC Pai Chee : Guru Besar Dipindahkan Sementara Waktu

Kredit gambar: freemalaysiatoday.com

KUALA LUMPUR: Susulan isu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengambil tindakan memindahkan guru besar sekolah tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu sehingga siasatan berhubung isu tersebut selesai.

Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata selain dari guru besar itu, tiga lagi guru sekolah tersebut yang terlibat di dalam isu itu akan dipindahkan.

Difahamkan, rentetan beberapa isu yang berlaku di sekolah tersebut sebelum ini, ketiga-tiga guru tersebut turut tersebut memohon kepada PPD pada November lalu untuk dipindahkan mulai bulan ini.

Selain itu, kementerian juga telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu tersebut dan dijangka siap dalam masa tiga hari.

"Susulan isu SJKC Pai Chee, penyelesaian positif. Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal.

"Harap semua pihak terus bertenang dan tidak menganggap ini satu isu perkauman. Kes seperti ini jarang berlaku," katanya di Facebook.



Sebelum ini, viral di laman sosial satu laporan polis yang dibuat oleh salah seorang guru yang mendakwa kononnya pihak sekolah tidak melindungi mereka ketika insiden kekecohan dan dihina oleh anak murid dan ibu bapa murid berkenaan.

Selain itu, laporan tersebut juga mendakwa guru besar yang terlibat pernah menghalau dia dan dua lagi guru selain menggunakan kata-kata berunsur rasis.

Selain itu, guru besar itu juga didakwa pernah bertemu dengan PPD meminta ketiga-tiga guru itu dipindahkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, polis sudah mengambil keterangan guru berkenaan dan beberapa pihak untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya berlaku salah faham di antara guru, murid dan ibu bapa murid berkenaan. Tiada unsur perkauman dalam kes ini. Beri ruang kepada kami untuk jalankan siasatan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli