Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jasad Isteri U-Wei Ditemui Di Pantai Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Isteri kepada pengarah filem tempatan, U-Wei Saari ditemui mati di sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas setelah tujuh hari dia dilaporkan hilang.

The San Francisco Chronicle melaporkan jasad mangsa, Diana Gail Saari, 62, ditemui oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas dia dilaporkan hilang lebih seminggu.

Memetik laporan Bernama, U Wei bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi melalui Whatsapp tapi hanya menulis : "Terima kasih. Doakaan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman."

Pada Rabu lepas, U-Wei melalui satu posting Facebook menulis "i love you usah (gail).".


Status tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam (Sabtu) dari kaum keluarga dan rakan-rakan seninya termasuk Sabri Yuus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Mana. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli