Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Tunggal Nafi Anak Kongsi Pakaian Seperti Yang Tersebar Di Media Sosial

Sumber Gambar: Bernama

BUKIT MERTAJAM: Berikutan tersebar di media sosial kisah kanak-kanak tinggakatan satu melapor diri lambat kerana berkongsi pakaian dengan abang yang dimuatnaik oleh seorang guru di media sosial dan dikongsi ramai termasuk Siakapkeli, seorang ibu tunggal menafikan berita berkenaan.

Memetik laporan Bernama, ibu kanak-kanak berkenaan, Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun dia daripada keluarga yang susah, beliau masih mampu untuk menyediakan pakaian sekolah tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya ketika ditmui di rumahnya di Permatang Rawa.

Semalam, seorang individu dipercayai seorang guru (tidak pasti samada penulis asal) telah berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen kononya pelajar tingkatan satu berkenaan lambat mendaftar persekolahan kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama.

Menurut status itu juga, keluarga berkenaan dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadilah yang bekerja mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapaan sekitar RM8.50 sehari itu menyatakan rasa sedih selepas cerita berkenaan dimuatnaik ke laman sosial dan berharap individu yang memuatnaik cerita berkenaan tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau dikatakan telah bercerai dengan suaminya sejak lime tahun lepas dan tinggal di rumahnya dibawah Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya kepada Bernama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli